SmartSaver300 *HealthEnrich+

Apa itu SmartSaver300?

Mesti anda rasa tertanya – tanya SmartSaver300 tu apa kan? Dengar nama macam gempak je. Tapi apa benda nya tu. Macam alat penjimat elektrik pun ada. Baiklah, mari saya cerita kan pada anda.

Pada April 2016, PruBSN Takaful telah melancarkan Health Enrich+. Produk terbaru bagi menggantikan HealthEnrich. Terdapat banyak kelebihan bagi produk baru ini. Salah satu nya adalah SmartSaver300.

Konsep SmartSaver300 belum pernah ada pada mana-mana produk PruBSN Takaful sebelum ini. Ianya menjadikan HealthEnrich+ lebih hebat daripada produk lain.

 

Apa yang istimewa sangat SmartSaver300 ni?

Jika pada produk PruBSN Takaful sebelum ini memberi anda pilihan sama ada ‘perlindungan penuh’ atau ko – takaful. Akan tetapi bagi HealthEnrich+, pilihan ko – takaful diganti dengan SmartSaver300.

 

Jadi SmartSaver300 ni sama dengan ko – takaful ke?

Jawapan nya adalah tidak. Konsep hampir sama. Tapi tak serupa. Jika ko – takaful, anda perlu membayar 10% dari jumlah bil. Manakala bagi SmartSaver300 pula, anda hanya perlu bayar RM 300 sahaja. Tidak kira lah sama ada bil anda RM 1,000 atau pun RM 100,000. Anda tetap membayar RM 300 sahaja.

 

Kena bayar juga!  Lebih baik ambil perlindungan penuh.

Ya memang benar anda perlu bayar juga. Tapi saya ingin tanya pada anda. Berapa kali anda masuk hospital dalam setahun? Secara am nya adalah 2 kali setahun. Ada juga yang tak pernah masuk hospital dalam setahun. Jadi anda masih lagi untung sekiranya tidak masuk hospital. Ini kerana bayaran takaful bulanan anda lebih rendah.

 

Ye ke untung? Kena bayar RM 300 bila masuk hospital mana boleh untung.

Ok di bawah saya sertakan contoh bagi anda mudah untuk faham:

Ali (30 tahun, Akauntan) – Perlindungan Penuh (RM 2,200 setahun)
Ahmad (30 tahun, Akauntan) – SmartSaver 300 (RM 1,800 setahun)

Kedua-duanya masuk hospital selepas 5 tahun polisi. Bil hospital bernilai RM 100,000. Ali tidak perlu membayar bil hospital nya kerana polisi beliau adalah perlindungan penuh. Manakala Ahmad perlu membayar RM 300 dan selebihnya ditanggung oleh PruBSN Takaful.

Jika di kira semula, Ahmad jimat sebanyak RM 1,700 berbanding Ali. Macam mana saya kira? Saya akan tunjukkan dibawah:

RM 2200 – RM 1800 = RM 400
Jadi, RM 400 x 5 tahun = RM 2,000
Jumlah Ahmad bayar pada hospital : RM 300
Maka RM 2,000 – RM 300 = RM 1,700.

 

Habis tu kalau Ahmad masuk hospital lagi tahun yang sama kena bayar lagi?

Bayaran RM 300 itu hanya sekali bayaran untuk setiap kemasukan. Sekiranya penyakit yang sama berulang kembali pada anda. Dalam masa 90 hari anda di masuk kan semula ke hospital. Anda tidak perlu membayar RM 300 tersebut bagi kemasukkan kali ke 2.

 

Dah jelas kan pasal SmartSaver300? Menarik kan? Seandainya anda ingin bertanya lebih lanjut atau nak dapatkan Health Enrich+ dengan pilhan SmartSaver300, sila hubungi saya. Insyaallah saya akan bantu anda.

Leave a comment